Kertas Kertas A4 mungkin dilihat sebagai komoditi harian yang biasanya dipilih berdasarkan jenama yang popular di pasaran. Namun, banyak ciri-ciri yang penting harus diketahui bagi memastikan kualiti kertas yang digunakan.
Kertas haruslah mempunyai ketepatan bagi ciri-ciri utama berikut seperti tahap kekuatan kertas (Strength and stiffness), Tahap Kehalusan permukaan (surface roughness), Tahap Kelembapan (moisture content) serta tidak berabuk bagi memastikan kertas tersebut tidak memberikan sebarang masalah semasa menggunakanya. Kertas-kertas pilihan SDR juga mempunyai ciri rendah electrostatic charge dan kertas berkualiti sebegini amat penting bagi memastikan jangka hayat yang lebih baik bagi peralatan mesin fotokopi kerana operasi penduaan yang lebih lancar dan tidak bermasalah.
Kertas A4 yang ditawarkan adalah amat bersesuaian untuk tujuan percetakan yang bermutu tinggi samaada untuk tujuan percetakan laser dan digital berwarna serta bagi tujuan penduaan atau fotokopi. Dengan permukaan kertas yang licin dan halus, Kertas A4 SDR menawarkan tahap kualiti yang tinggi dari segi keputihan kertas dan mampu menghasilkan kesan cetakan teks dan grafik dengan jelas dan terang.
No comments:
Post a Comment